Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Selasa, 4 Ogos 2015

[Tips] 9 Tips Anak Pintar Sejak Dalam Kandungan



Pepagi saja usha info pasal nak dapatkan anak bijak sejak dar dalam rahim. Sebagai ibu bapa memang nak yang terbaik untuk si manja.. malah nak dapat anak yang bijak adalah impian semua ibu bapa.

Jom baca sedikit sebanyak info yang sempat copy kat superbvitamin.blogspot.com. Semoga bermanfaat ye.



Jom kita baca tips anak pintar sejak dalam kandungan seterusnya.

1. Berikan nama yang baik

Sebelum lahir lagi, berikan nama yang baik untuk bakal bayi. Ajak bayi berbual bersama dengan memanggil nama penuhnya. Pada trimester 1, mungkin belum ada apa-apa lagi. Apabila mula masuk trimester 2, selalulah usap perut dan berkomunikasi dengan bayi kita.

2. Berbicara dengan bayi


Ucapkan kata-kata seperti, “Sayang, ini mama ni. Mama sayang sangat adik. Mama tak sabar nak tunggu adik keluar. Nanti besar jadi anak yang soleh atau solehah ya. Patuhi perintah Allah. Jaga mama dengan ayah baik-baik”. Kadang-kadang, tanpa sedar, seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Tindakan refleks seperti menendang perut akan membuat kita tertawa sendirian. Pada trimester 2, bayi sebenarnya sudah mengenali suara ibu mereka. Jadi, selalulah  berkomunikasi dengan mereka.

3. Bayi mahukan sentuhan ayah juga


Ayah mungkin tidak dapat merasa ‘tendangan’ si bayi. Cuba dekati perut ibu, ucapkanlah sesuatu yang baik-baik untuk bayi. Untuk lebih keseronokan, mungkin si ayah boleh merakam suara  dan dengarkan menggunakan ‘headphone’ pada perut ibu.

4. Dengarkan ayat-ayat suci Al-Quran

Jika sudah puas bercakap dengan bayi, ayah juga boleh mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada kelapangan, solat berjemaah dengan si ibu. Selesai solat, baca Al-Quran bersama-sama. Andai ada masa terluang, bahkan dalam kereta sekalipun, dengarkan ayat-ayat suci selalu pada bayi. Mudah-mudahan, apabila besar kelak boleh menjadi seorang yang berguna kepada agama.

5. Bacakan cerita pada bayi

Selain Al-Quran, ibu mengandung boleh membaca buku-buku ilmiah yang lain.  Bacalah dengan suara yang kuat. Biar si bayi dengar akan isinya. Mudah-mudahan terang hatinya selepas keluar nanti. Rangsangan dan sentuhan pada bayi amat penting dalam membina ‘bonding’ antara keduanya. Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu dalam keadaan gembira, begitu juga bayi. Elakkan ‘stress’ kerana secara tidak langsung, bayi akan merasa tekanan itu juga.


6. Penuhi keperluan nutrisi dalam pemakanan


Bakal ibu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Ini kerana, setiap nutrisi dari makanan itu, akan sampai pada bayi. Ibu mengandung perlu pastikan diri dan anak dalam kandungan sihat dan cukup keperluan nutrisi. Alhamdulillah saya antara pengamal tegar vitamin shaklee sepanjang menyusu anak pertama dan masa mengandung ni lagi perlukan extra tenaga dan supplemen yang secukupnya.. Yang penting, pastikan sumber rezeki adalah dari sumber yang halal. Elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui seperti rasuah. Ia akan mengalir dalam darah bayi tersebut.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka

Ibu bapa perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.

8. Ibu akan membuat latihan matematik dan muzik


Ada kajian mendakwa membuat latihan matematik dan muzik boleh merangsang otak bayi. Ibu yang kerap menyanyi sambil bermain piano mampu merangsang otak bayi.  Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Semestinya soalan-soalan yang sukar. Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.

9. Mempelajari alat muzik & bahasa asing


Mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak. Dikatakan, dengan bermain muzik, seperti belajar bahasa, otak kiri dan kanan akan dirangsang sepenuhnya dimana pemprosesan maklumat bahasa dan muzik akan melibatkan fungsi kedua-dua belah otak kiri dan kanan.

9. Pemakanan yang istimewa turun-temurun


Antara makanan yang boleh diamalkan adalah kacang badam atau almond, buah kurma tau tamar, dan makan ikan dengan banyak (tanpa kepala). Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Juga boleh mengambil pil minyak ikan DHA+ sebagai nutrisi tambahan. Minyak ikan terbaik di dunia ialah Omega Guard Shaklee

INFO berkenan dengan shaklee boleh baca -- JOM SINGGAH 

*************************************************
Kalau dah berkenan, jangan segan2 nak contact ye..

ID Shaklee 854784

SMS/Wassap 0199517292

Msg thru FB Jom Singgah Shoppe -https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

IG- @jom_singgah_shoppe


Walkin Customer Ketereh Kelantan - Berhadapan dengan Majlis Dearah Ketereh (Kedai Dalam Cermin atas nama Jom SInggah Shoppe)

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...