Sharing info remaja.karangkraf.com

KEKALKAN KESEGARAN & KEHARUMAN RAMBUT, KECAPILAH IMPIANMU.

Berhijab bukan alasan untuk mengabaikan kebersihan dan kecantikan rambut di sebalik hijab itu.Malah terdapat pelbagai kaedah, cara dan juga petua yang boleh diaplikasikan bagi memastikan rambut kekal menawan dan berseri biarpun tersarung hijab seharian.

Antara yang paling popular tentunya buah limau purut yang mengandungi pelbagai khasiat terutamanya untuk kesihatan kulit kepala.



Khasiat Limau Purut

Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Malah, limau purut juga dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Hanya sebiji limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur.

Buah limau yang dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala, mungkin akan menyebabkan sedikit rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Kemudian, rasailah sendiri sensasi kesegaran rambut anda itu walau seharian berhijab.