Info yang bagus nie untuk peminat skirt ye.. jom baca dulu untuk memudahkan kita beli skirt yang sesuai nanti

Skirt merupakan pakaian yang selesa dipakai oleh semua kaum wanita tidak kira panjang mahupun pendek. Tetapi seringkali kita melakukan kesilapan ketika membeli skirt. Asal nampak cantik sahaja sudah memadai!

Jangan bergitu! Tidak semua yang cantik di pandang akan cantik dipakai. Jom ketahui dahulu jenis-jenis skirt yang ada dan adakah ia sesuai untuk mu atau tidak.



1)      Accordion Pleated Skirt
Skirt ini sangat terkenal di zaman Marilyn Monroe. Skirt ini bersifat berlipat-lipat, ringan dan agak jarang kainnya. Jika dahulunya skirt ini sangat di kenali di zaman 70an-80an. Kini skirt ini mengembalikan semula nostalgia dengan kombinasi warna-warna terang.

P/s: Sangat sesuai untuk gadis yang berpeha besar kerana potongan kainnya akan menyembunyikan kelemahan kamu itu.



2)      Skater Skirt
Skirt ini biasanya dipotong pendek dan kembang. Asalnya skirt ini hanya di pakai oleh golongan atlet wanita kerana potongannya yang kembang di bawah memudahkan pergerakan mereka. Jika dahulunya skirt ini hanya mempunyai satu warna yang solid, kini tidak lagi! Dengan tambahan corak dan warna sedikit, skirt ini sangatin di dunia fesyen.

p/s: Ia sesuai untu gadis yang berbadan sederhana dan mempunyai potongan kaki yang cantik. Sekirannya kamu mempunyai potongan kaki yang terlalu kecil elakkan dari memakainya kerana kamu akan kelihatan pelik.


3)      Mullet Skirt
Skirt seperti ini merupakan skirt yang telah di ubah suai potongannya iaitu pendek di hadapan dan labuh di belakang. Kebiasaannya skirt seperti ini hanya bercirikan kain chiffon supaya menampakan lebih dramatik dan bertingkat. Jarang skirt seperti ini kita dapat lihat dalam keadaan bercorak. Kerana ia akan menganggu ilusi potongan skirt yang sudah sedia ada.

p/s: Skirt seperti ini juga sangat sesuai untuk golongan gadis yang mempunyai potongan kaki yang mengiurkan dan peha yang kecil kerana potongannya.


4)      Crochet Skirt
Crochet skirt ini diperbuat daripada kain crotch stitch. Selalunya skirt seperti ini adalah skirt handmade. Ia sangat popular dan sinonim dengan pakaian vintage.

p/s: ia sangat sesuai di pakai oleh sesiapa sahaja. Cuma pastikan kamu tidak memakai blouse yang sarat dengan corak kerana ia akan mengganggu ‘aura’ vintage kamu.


5)      Coloured Pencil Skirt
Jika dahulunya skirt seperti ini sangat sesuai di pakai oleh wanita yang bekerja di pejabat, kini kita boleh lihat sesiapa sahaja mula menggayakannya. Oleh kerana mempunyai potongan yang runcing, tirus serta mampu memberi ilusi ‘ramping’. Skirt ini sangat digilai oleh gadis-gadis zaman sekarang walaupun hakikatnya skirt seperti ini akan menyukarkan pergerakan kamu.

p/s: Buat si gadis yang mempunyai potongan badan yang ramping dan kurus, potongan skirt seperti ini sangat sesuai dipadankan di badan kamu. Malah buat si gadis yang berbadan gempal, usah kecewa kerana skirt jenis ini juga boleh membantu kamu kelihatan lebih runcing.


6)      Lace Skirt
Skirt ini diperbuat daripada kain lace. Sebenarnya coraknya danmaterial kainnya lebih kurang dengan Crochet Skirt, Cuma kualiti kainnya lebih nipis dan terperinci. Padanan blouse yang simple dan tidak bercorak sangat sesaui dan dapat memberi impak klasik pada si pemakai. Selalunya skirt seperti ini mempunyai potongan yang pendek kerana ia akan mengambarkan si pemakai itu seorang yang seksi.

p/s: sesuai untuk gadis yang mempunyai bentuk punggung yang menonjol.


7)      Asymmetrical Skirt
Jangan keliru ya, mungkin ada yang menganggap skirt ini sama sahaja dengan skirt mullet tetapi hakikatnya tidak sama sekali.Asymmetrical sebenarnya mengambarkan sesuatu yang tidak mempunyai hujung yang selari atau sama panjang. Jadi, begitulah gambaran untuk potongan skirt ini. Buat pengetahuan semua, skirt seperti ini sangat menjadi kegilaan warga jepun kerana ia nampak seperti kamu mengenakan fesyen preppy look.

p/s: Potongan seperti ini sangat sesuai dipakai oleh gadis yang mempunyai potongan kaki yang besar dan berisi. Pasti kamu akan kelihatan comel lebih-lebih lagi bila kamu padankan dengan kasut but paras buku lali.


8)      Tiered Skirt (Skirt Bertingkat)
Skirt bertingkat ini akan nampak kembang kerana berlayer-layer. Ia juga mempunyai pelbagai corak dan warna yang menarik. Namun, kain seperti ini sudah jarang di pakai melainkan kamu memang seorang yang sukakan kelainan.

p/s: Sekirannya kamu seorang yang berbadan besar elakan daripada memakai skirt ini kerana lapisan skirt itu akan memberi kesan yang tidak cantik dan mungkin menampakan kamu lebih gempal.


9)      Bandage Skirt
Unik bukan namanya ? Skirt ini dipopularkan oleh seorang pereka fesyen bertaraf dunia iaitu Herve Leger dimana ianya dipakai ketat di bahagian peha dan ilusi yang ditimbulkan juga seakan kamu sedang memakan ikatan bandage di badan. Selalunya material seperti ini digunakan daripada jenis elastik dan memeri. Jadi buat sesiapa yang mempunyai kulit yang kendur dan mengelebih jangan risau skirt ini pasti dapat membantu kamu untuk kelihatan lebih muda dan bergaya.

p/s: sangat sesuai untuk kelihatan lebih ramping dan kurus. Tetapi, sekirannya kamu mempunyai bentuk badan yang besar dan membulat lupakan niatmu untuk memakai skirt seperti ini kerana ia akan membuatkan kamu tidak selesa dan sukar untuk bernafas.


10)   Sheer Maxi Skirt
Skirt ini lebih sexy dan flirty kerana ia diperbuat daripada kain yang jarang menjurai dan gabungan skirt pendek di dalamnya. Ia seakan element “pika-boo”. Artis-artis Hollywood suka mengenakan skirt seperti ini. Kerana ia kelihatan lebih segar dan manis untuk di pakai.

p/s: Buat kamu yang mempunyai potongan kaki yang agak besar dan berisi jangan risau. Element “pika-boo” ini dapat menyorokan kelemahan kamu itu malah memberi gambaran yang seksi pada kaki kamu itu.


11)   Midi Skirt
Ia lebih sopan berbanding skirt-skirt yang lain. Malah gadis-gadis yang sangat mementingkan gaya yang elegent dan sofistikated serta tidak mahu kelihatan terlampau seksi ia sangat sesuai denganmu. Skirt ini sangat popular di zaman 1960an dan masih mendapat tempat di hati wanita sehingga kini kerana ia tidak terlalu panjang dan pendek.

p/s: potongan seperti ini sangat sesuai untuk gadis yang berbadan gempal dan ingin kelihatan kurus. Dengan memakai kemeja tuck-in dan bertali pinggang nipis kamu pasti tidak akan kecewa dengan penampilanmu.

Bagi yang usha skirt yang dinyatakan diatas, boleh usha direct  http://remaja.karangkraf.com/11-jenis-skirt-mengikut-kesesuaian-1.198220

Kalau dah berkenan, jangan segan2 nak contact ye..

SMS/Wassap 0199517292

Msg thru FB Jom Singgah Shoppe -- https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

IG- @jom_singgah_shoppe

Walkin Customer Ketereh Kelantan - Berhadapan dengan Majlis Dearah Ketereh (Kedai Dalam Cermin atas nama Jom SInggah Shoppe)