Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Rabu, 1 Januari 2014

Rahsia Terbesar kemurahan REZEKI

Peringatan untuk diri sendiri juga. Kita sebagai manusia memang kekadang lupa. Tak salah saling mengingati diri sendiri dan orang lain. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.. AMIN


1.   Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah ,

Di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah.

Kerana maksud firman Allah dalam hadis qudsi 

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
 
2.   Memperbanyakkan istighfar 

Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita.

Sabda Nabi S.A.W. 

" Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)  

 
3.   Meninggalkan perbuatan dosa

Iistighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Sabda Rasulullah S.A.W : 

"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi)
 
4.   Banyak ingat Allah,

Iinilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : 

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
 
5.   Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, 

Kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. 

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
 
6.   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, 

Seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. 

Sabda Nabi s.a.w. : 

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
 
 7.   Menyampaikan hajat orang lain, 

Sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W: 

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. 
9.   Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.   Berpagi-pagi -

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah nak masuk.
11.  Menjalin silaturrahim-

Nabi s.a.w. bersabda: 

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
 
12.   Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah 

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
 
13.   Sedekah, 

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
 
14.   Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang
15.   Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi 

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16.   Syukur di atas segala pemberian Allah, 

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
 
17.   Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki,

Contohnya dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan
18.   Sentiasa berdoa kepada Allah, tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian terhadap doa kita
19.   Berusaha dengan bersungguh-sungguh,

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah
20.   Bertawakal,

Berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah : 

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

kredit malaysiasensasi.net


Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir. Selepas itu sila msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe untuk proceed approved dan add kat secret group ye



Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak:: 
 
http://www.jomsinggah.com 







 
Feel Free to Contact:
 
Mazlina Mohd Nazir

  Email - pokoksena85@yahoo.com
  SMS / Whatsapp / Viber / Wechat- 0199517292
  FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
   


FanPage -  






  Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...