Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Khamis, 16 Januari 2014

Fakta Kelebihan Senaman Aerobik

Alhamdulillah, dah 7hari rasanya konsisten buat senaman aerobik ini kat rumah. Maklumlah misi 2014 adalah nak kurus. Semoga Allah akan permudahkan. Yang penting nak keluarkan peluh, bila keluar peluh lemak pun akan tersingkir juga tau. Apa yang perlu untuk pelansingan, ambil makanan yang seimbang (natural supplemen wajib ambil untuk bakar, buang dan bina), workout, ambil air putih 3-6liter sehari, kurangkan buah manis, kurangkan air manis dna pelbagai lagi ye.

Yang penting petang nie nak share info pasal senaman aerobik ini je.. Jom la baca apa kelebihannya ye. Semoga makin teruja nak senaman.



Senaman aerobik
Suatu ketika dulu, senaman aerobik begitu digilai kanak-kanak dan wanita kerana tidak terlalu berat, sebaliknya menghiburkan apatah lagi ia dilakukan bersama iringan muzik berentak rancak.

Ia diminati ramai wanita kerana memberikan kesan begitu memberangsangkan, sama ada dari segi kesihatan mahupun kecantikan khususnya penjagaan bentuk tubuh.



Kini, ia masih diteruskan tetapi perlu bersaing dengan beberapa jenis senaman lain yang lebih cepat memberikan perubahan pada fizikal seseorang pengamalnya.

Aerobik adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.

Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan.

Sebab itu, senaman aerobik mampu memberikan individu lebih variasi dengan tambahan keseronokan diimpikan dan pilihan sesuai untuk ramai wanita termasuk ibu yang baru lepas bersalin atau ada anak kecil.

Justeru, bagaimana dengan melakukan senamrobik ia boleh membantu untuk seseorang menurunkan berat badan?

Mudah dilakukan

Kita boleh mendaftar di pusat kecergasan ataupun melakukannya sendiri di rumah. Alternatif lain yang lebih menjimatkan adalah menyertai kelas senam aerobik dianjurkan secara percuma oleh sesiapa saja termasuk pihak sekolah, pejabat dan dan sebagainya.

Sekiranya anda malas untuk menyertai kelas seperti ini, cuba beli cakera padat berkaitan senam aerobik dan memasangnya di rumah. Selain dapat bersenam, kita juga dapat menggalakkan anak-anak dan seluruh keluarga mengamalkan gaya hidup sihat ini.

Cara mudah untuk membakar kalori

Ya, senaman aerobik adalah satu cara yang mudah untuk membakar kalori kerana apabila melakukannya, pergerakan yang diiringi muzik akan mengalihkan fokus minda kita kepada satu keadaan menenangkan dan mengelakkan kita daripada bosan.

Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.

Muzik yang mengiringi senaman aerobik juga terbukti salah satu cara untuk menghilangkan tekanan yang kita alami seharian. Percayalah, apabila kita tidak bosan melakukan sesuatu senaman sebab kita gembira melakukannya, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan senaman dan sekali gus menurunkan berat badan.

Cara mudah meningkatkan kadar metabolisma badan


Metabolisma adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Ini bermakna kita memerlukan kadar metabolisma yang tinggi untuk membantu proses penurunan berat badan. Senaman ini salah satu senaman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membabitkan pergerakan seluruh badan, penggunaan otot badan yang akan memaksa jantung bergerak dengan lebih pantas, seterusnya membakar kalori di dalam badan.

Baik untuk sistem kardiovaskular

Senaman aerobik memberi banyak kebaikan untuk sistem kardiovaskular, sekali gus membantu menurunkan berat badan. Proses penurunan berat badan adalah satu proses yang unik di mana banyak sistem badan yang boleh dibaiki dan dirawat ketika proses itu berlangsung. Antaranya meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.

Dengan kata mudah, kita akan lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat. Semua perkara ini akan membawa kepada peningkatan metabolisma dan mempercepatkan penurunan berat badan



Fakta kebaikan senaman aerobik


* Membantu memperluaskan paru-paru dan meningkatkan stamina serta kekuatan otot.

* Menjaga jantung dan paru-paru supaya dapat bekerja dengan baik.

* Meningkatkan koordinasi penting untuk gaya hidup sihat.

* Kaedah bagus membentuk tubuh.

* Membakar kalori dan menurunkan berat badan.

* Membantu meningkatkan kepadatan tulang dan membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

* Peluang bertemu dan berkenalan dengan teman baru.

* Meningkatkan semangat dan endorfin, sekali gus menimbulkan perasaan senang hati dan mengurangkan risiko kemurungan.

* Membuatkan fikiran tenteram dan aktif.

* Meningkatkan dan membantu merangsang memori dengan mengingati semua langkah.

* Membantu masalah tidur.

* Meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.

 

Oleh Kevin Zahri
Salam Sayang  
Mazlina Mohd Nazir
 
Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir. Selepas itu sila msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe untuk proceed approved dan add kat secret group ye




Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak:: 

 
http://www.jomsinggah.com  

http://sharecrite.blogspot.com/  
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com/

 

Feel Free to Contact:

 

Mazlina Mohd Nazir
  Email - pokoksena85@yahoo.com
  SMS / Whatsapp / Viber / Wechat- 0199517292
  FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
   



FanPage -  





  Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...