Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Ahad, 26 Januari 2014

8 jenis Makanan Sunnah yang terkenal di dunia

Pengenalan kepada 8 makanan terbaik dunia, dimana ada disebut didalam hadis dan al-Quran. Bagi yg kurang tahu, saya nak share bersama.moga mendapat manfaat dan kebaikan.

1. BUAH DELIMA
Firman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99


Antara Khasiat Makanan ini
Delima
  •  kaya dengan unsur zat besi. 
  • proses pembinaan darah merah. mengurangkan risiko penyakit anemia. 
  •  mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain. Buah delima 
  • mengandung potassium yang besar isipadunya, 
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal.
  • meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, 
  • mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. 
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2. KISMIS (ANGGUR KERING)
 
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Antara Khasiat Makanan ini
Kismis
  • menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. 
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.
  
3. BUAH KURMA
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"


Antara Khasiat Makanan ini
Kurma
  • terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”. 
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. 
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4. HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM)
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

Antara Khasiat Makanan ini
Habbatus Sauda’
  • terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati)”. Hadith Sahih Bukhari Muslim.

5. ZA'FARAN
Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "





Antara Khasiat Makanan ini
Za’faran / Saffron
  • sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin) 
  • membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin. 
  • membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.
  
6. MADU
Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69





Antara Khasiat Makanan ini
Madu
  • mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik. 
  • Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega. 
  • Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).

  
7. BUAH ZAITUN
Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20




Antara Khasiat Makanan ini
Zaitun
  •   penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. 
  • mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.

   
8. BUAH TIIN
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Antara Khasiat Makanan ini
Buah Tiin
  •   mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah 
  • pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. 
  • dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik). 
  • tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

Saya dah mengamalkan habbatus sauda, delima, kurma, dan zaitun. Alhamdulillah sangat berkhasiat. so saya nak share dengan rakan-rakan yang lain. tapi ingat, Manusia  hanya berusaha, hanya Allah SWT yang menyembuhkan.

Rujukan
  1. http://secerah-nurrahman.blogspot.com/2010/12/8-makanan-terbaik-dunia.html

kredit  habbatussaudapatidelima.blogspot.com

Salam Sayang 
Mazlina Mohd Nazir
 

Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir. Selepas itu sila msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe untuk proceed approved dan add kat secret group ye
 
 
Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak:: 
 
Feel Free to Contact:
 
Mazlina Mohd Nazir
  Email - pokoksena85@yahoo.com
  SMS / Whatsapp / Viber / Wechat- 0199517292
  FB - http://www.facebook.com/pokoksena85


FanPage - 


https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe    Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...