Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Isnin, 30 Disember 2013

Kelebihan Solat Tahhajud





Solat sunat tahhajud antara misi yang perlu dilaksanakan setiap hari (masa takda masalah perempuan la). Semoga Allah akan permudahkan untuk mengerjakkan solat tahhajud. Amin. Sambil2 tu jom baca apa tujuan dan kelebihan solat sunat tahhajud. Semoga lebih ramai yang akan terbuka dan berniat sama untuk mengerjakan tahhajud.

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)



Rasulullah SAW bersabda:

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.

2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya

3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.

4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.

5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

2. Doa dimakbulkan Allah.

3. Memperolehi ketenangan jiwa.

4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Memudahkan Bangun Solat Malam

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.

4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

. وَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ ُﷲ ُ وَرَﺣْﻤَﺔ ْ ﻋَﻠَﻴْﻜَﻢ ُ وَاﻟﺴﱠﻼَم



Kredit shafiqolbu.wordpress.com

(Bagi yang nak tengok step by step solat sunat tahhajud boleh juga refer shafiqolbu.wordpress.com atau guna en google je.. nanti akan keluar direct link pasal solat sunat tahhajud. Semoga bermanfaat ye.)

Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir. Selepas itu sila msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe untuk proceed approved dan add kat secret group ye

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com  
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com/
 
Email - pokoksena85@yahoo.com
  SMS / Whatsapp / Viber / Wechat- 0199517292
 
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
 
 
FanPage -  
  Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...