Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Ahad, 22 September 2013

6 Rahsia Sujud dalam solat

Sujud antara aktiviti dalam solat memang wajib kita lakukan. Kebetulan terjumpa post, ada baik juga share dengan semua orang ini. Semoga mendapat manfaat dari post ini ye iaitu 6 rahsia sujud dalam solat. Sharing dari hasmizihashim.blogspot.com



Sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t.

Berikut adalah 6 rahsia sujud yang telah dikaji secara saintifik:

1. Meningkatkan Kecerdasan Otak

Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak. Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak. Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan risiko terkena penyakit resdung.

Kalau diperhatikan dari sisi, rupabentuk otak kita seakan-akan orang yang sedang bersujud. Kebetulan? Allah Maha Mengetahui.

2. Mengurangkan Risiko Migrain atau Sakit Kepala

Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.

3. Baik untuk Sistem Pernafasan

Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru dihembus keluar. Selebihnya berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan. Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kita. Apabila kita sujud, organ-organ dalaman akan menekan diaphragma kita dan sekaligus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

4. Menggerakkan Sendi-Sendi dan Otot-Otot

Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah. Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.

5. Mengelakkan Penyakit Buasir

Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir. Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.

6. Mengubat Penyakit Rohani

Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya. Sujud boleh menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah s.a.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t. sangat dekat dengannya, sekaligus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.

Hendak diingatkan untuk diri saya sendiri dan juga semua bahawa gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan yang disebut tadi. Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. yang Maha Pemurah.

Kredit hasmizihashim.blogspot.com

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot .com
http://mcna-health.blogspot.com/http://sharecrite.blogspot.com/

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -http://www.facebook.com/JomSinggah09
https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe
https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Sila - sila tinggal komen ye, jangan segan-segan.. wat mcm rumah sendiri je

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...