Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Jumaat, 19 Julai 2013

Tips Murah rezeki dengan ikatan silaturahim

Sharing dari seorang kawan yang telah menghantar email kat group. Isu yang dikupaskan pun sangat menarik iaitu ikatan silaturahim salah satu cara untuk kita tambah rezeki. Alhamdulilah..



Amalan paling mudah untuk mendatangkan atau murahkan rezeki dan panjang umur ialah menjalinkan silaturahim. Silaturahim adalah ikatan suci dan umat Islam dituntut menjaga dan memeliharanya.

Daripada Anas bin Malik, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).”

(Riwayat Bukhari)


Jalinan silaturahim penting bagi ummah hidup lebih cemerlang dan berjaya dalam segala perkara. Ukhuwah yang dipupuk atas rasa kasih sayang kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan kepada jiwa insan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).”

(Riwayat Bukhari)

Dalam hadis qudsi, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Rahim itu adalah Nama-Ku, sesiapa yang menghubungkannya, maka Aku hubungkannya, dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku putuskannya.”

Dengan lain kata, seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Beberapa makna yang dapat kita faham daripada hadis itu ialah, Allah Taala akan memanjangkan umur dengan sebab silaturahim. Disebabkan kita rajin menjalin dan membina hubungan baik dengan manusia, maka kita akan disayangi.

Walaupun sudah meninggal dunia, nama kita masih disebut dan dikenang. Lihat saja tokoh-tokoh besar yang jasanya masih disebut hingga sekarang kerana kebaikan serta hubungan yang pernah mereka bina. Kenangan itu menjadi doa kebaikan untuknya.

Kesihatan lebih baik jalin silaturahim

Penyelidikan juga menunjukkan mereka yang saling menghubungkan silaturahim akan melalui kehidupan lebih sihat berbanding mereka yang suka mengasingkan diri serta tidak bergaul dalam masyarakat.

Bagaimana pula silaturahim boleh menambah atau murahkan rezeki seseorang?

Rezeki boleh dan mudah dicari selagi kita punya hubungan baik dengan orang lain. Sifat suka berbuat baik kepada orang lain, maka mereka pun akan berbuat baik kepada kita.

Inilah yang seterusnya akan berkembang menjadi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab. Bagaimana seseorang akan memberi kepercayaan kita menguruskan hartanya jika kita tidak mempunyai hubungan baik dengannya.

Sosiologi Universiti Harvard, Mark Granovetter, melakukan penyelidikan cara mendapatkan pekerjaan. Kajiannya dilakukan pada 1970-an berjaya menemukan bahawa majoriti orang mendapatkan pekerjaan berdasarkan hubungan silaturahim dijalinkan.

Ibu yang selalu berdoa setiap kali anak bersalaman dan mencium tangannya sebelum keluar rumah, Allah akan beri kebaikan serta keberkatan untuk anaknya.

Nabi SAW bersabda:

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan kedua orang tua. Kemurkaan Allah juga berlaku sedemikian.”

Tulisan asalah Oleh Ibrahim Abdullah

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
FanPage - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Fanpage - https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...