Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Selasa, 16 Julai 2013

Tips Diet : 5 Tips Diet Bulan Puasa.

Bulan puasa bulan yang sesuai untuk kurus kan, tu pun kalau pemakanan semasa sahur dan berbuka dijaga la dan bukan makan mengikut nafsu semata. Jom baca 5 tips diet untuk bulan puasa ye, sharing dari blog zamzoro.com

Tips Diet Bulan Puasa - Juadah Berbuka Puasa
kredit pic - zamzoro.com

Tips Diet Bulan Puasa – Jangan Makan Terlalu Banyak.

Jangan Makan Terlalu Banyak.

Panduan ini sangat penting! Korang kena elakkan untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak. Pasti korang fikir makan dengan banyak dapat memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu korang kekal kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.

Minum air kosong.

Untuk mengurangkan dehidrasi ketika berpuasa, kita digalakkan untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu diri kita menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh. 
Tips Diet Bulan Puasa - Kurma.

Tips Diet Bulan Puasa – Kurma adalah sunnah Rasulullah SAW.

Kurma.

Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula. Fruktosa, iaitu gula ringkas yang terkandung dalam kurma mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Kurma sangat baik untuk diambil setiap hari dan mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat 
pemakanan sepanjang bulan Ramadhan.

Makanan Berserat.

Tahukah korang bahawa pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia dapat melambatkan proses tubuh untuk berasa lapar. Serat juga baik dalam melancarkan proses penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu kita cepat kenyang.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran.

Sewaktu bersahur ataupun berbuka puasa, lengkapkan juadah korang dengan pengambilan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Adalah lebih baik kita mengambil buah-buahan segar berbanding buah yang telah diolah menjadi makanan tertentu. Hal ini bagi memastikan kita mendapat khasiat sepenuhnya daripada pengambilan buah berkenaan.

kredit - zamzoro.com 


Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
FanPage - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Fanpage - https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...