Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Rabu, 3 Julai 2013

Tips Kecantikan : Khasiat Madu Untuk Kecantikan KULIT



Khasiat Madu

Madu mungkin sudah menjadi sahabat bagi anda dan keluarga. Selain manis, madu juga sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ada banyak manfaat tertuang dalam satu sudu makan madu yang anda minum setiap hari.


Fakta Tentang Khasiat Madu:


1. Madu Adalah Penopang Kehidupan


Madu diperkayakan kandungan-kandungan bernutrisi dan boleh menyelamatkan anda dalam masa-masa kritikal seperti menjelang sakit, sakit hingga saat anda sihat. Kandungan di dalam madu adalah anti oksidan, vitamin, mineral, bahkan air. Percaya atau tidak, madu boleh menjadi salah satu penolong saat anda memerlukan nutrisi dan kelembapan.




2. Madu Itu Merawat

Kedahsyatan madu lain adalah mampu merawat secara semulajadi. Madu di masa kini mampu memerangi alergi, bakteria, dan merawat anda melalui penyakit dalam dan luar. Kenapa boleh begitu ya? Tiap tetes madu mengandungi antibiotik yang mampu menangani jangkitan dalam badan kita. Madu dan lemon adalah kombinasi tepat untuk menjadi tameng kesihatan, sekaligus merawat tekak yang sedang sakit.


3. Madu Baik Untuk Kulit Berjerawat


Yay! Lambaikan tangan anda pada jerawat sejak anda boleh mengatasinya dengan madu. Cukup gunakan madu organic yang diusapkan di tangan dan tunggu hingga hangatnya tangan anda meresap ke madu. Kemudian gunakan di wajah. Tunggu selama lima minit dan bersihkan dengan tuala hangat basah yang lembut. Rasakan sensasinya di kulit anda.


4. Madu Teman Selamanya


Madu boleh menjadi sahabat anda bila-bila masa dan di mana pun. Madu mampu menjaga dirinya sendiri tetap selamat untuk dimakan kerana sifatnya awet dan tahan lama. Jadi, jangan buang madu yang anda simpan selama 6 bulan kerana masih boleh dimakan, Ladies.


5. Madu Itu Melembutkan


Wanita perlu menjadi dan merasa cantik. Apabila anda merasa tangan, kaki atau rambut anda kasar dan kusam, cuba lakukan rawatan dengan topeng madu. Gunakan madu murni yang berkhasiat untuk melembutkan kembali seluruh tubuh anda. Jangan heran deh kalau madu jadi salah satu resipi kecantikan jaman dulu kerana khasiatnya yang satu ini.


Selain madu menyihatkan juga menjaga kecantikan semulajadi anda. Pastikan anda menggunakan madu alami bebas gula tambahan agar selalu cantik dan sihat.

===========================================


Manfaat Madu Lain:

1. Topeng Madu


Oleskan madu asli pada wajah anda dan biarkan selama kira-kira 15 minit, hingga mengering. Setelah kering, basuhlah wajah anda dengan air hangat.


2. Tubuh berkilau dengan madu


Untuk melembapkan, melicinkan dan membuat kulit berkilau, oleskan madu pada kulit tubuh anda. Jika rajin melakukan rawatan ini dua atau tiga kali seminggu, nescaya akan membuat kulit bersinar.


3. Mandi madu


Mandi madu berfungsi untuk membuat kulit lebih lembut. Anda boleh menambah satu setengah cawan madu dalam bathtub saat berendam.


4. Scrub madu


Untuk melicinkan kulit, campur satu sudu teh madu dengan sedikit tepung almond yang boleh dibeli di pasar raya. Lalu gosokkan pada kulit dan bilas dengan air hangat. Scrub ini tidak hanya untuk tubuh, namun bermanfaat pula untuk kulit wajah.


5. Pembersihan wajah


Campurkan sesudu teh madu dengan satu sudu makan susu tepung, lalu oleskan pada wajah. Rawatan ini membantu untuk membersihkan sisa make-up pada wajah. Bilas dengan air hangat sesudahnya.


6. Rambut Berkilau


Untuk membuat rambut anda berkilau, campurkan 1 sudu makan madu, perasan satu limau nipis, dan sedikit air hangat. Bilas rambut anda dengan syampu seperti biasa dan lalu tuangkan campuran tadi pada rambut. Keringkan rambut dengan cara biasa.


7. Conditioner Rambut


Untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala, campurkan ½ cawan madu dan satu sudu malan minyak zaitun. Oleskan merata ke rambut dan kulit kepala, lalu ambil penutup rambut dan biarkan selama 30 minit dalam keadaan tertutup. Setelah 30 minit, dengan syampu dan bilas rambut anda seperti biasa.


8. Toner Kulit


Untuk mengetatkan, melembutkan dan melembabkan kulit, campurkan 1 buah kulit limau ditambah satu sudu makan madu dalam blender hingga halus. Gosokan perlahan campuran madu tadi ke wajah dan biarkan selama 15 minit. Lalu basuh wajah anda dengan air hangat untuk membersihkan campuran tadi.


9. Jus Lemon dengan Madu


Campuran lemon dan madu akan meredakan sakit tekak anda dengan baik. Minuman ini juga mampu menyejukkan tekak dan meredakan rasa sakit apabila menelan.


10. Teh Halia atau Teh Madu



Selain merupakan sajian yang lazat, teh halia atau teh madu boleh menjadi cara yang luas biasa untuk menangani tekak gatal. Madu berfungsi melapisi tekak dan dapat mencegah iritasi.

kredit - http://caraobat.blogspot.com



Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
FanPage - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Fanpage - https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...