Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Khamis, 4 Julai 2013

Kelebihan Berzakat



Dalam al-Quran surah an-Naml, Allah s.w.t menerangkan siapa yang dikira beriman dan mengambil al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Tha Sin, Inilah ayat-ayat al-Quran, kitab yang memberi penjelasan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang yang beriman. Iaitu orang yang mendirikan solat dan membayar zakat, serta yakin akan adanya hari akhirat."
(Surah an-Naml 27:1-3)

Dalam al-Quran surah al-A'raf, Allah s.w.t berfirman sebagai menceritakan kisah Musa a.s bersama kaumnya yang bermaksud :

"Dan rahmat Ku akan meliputi segala sesuatu. Akan Ku tetapkan kehidupan yang baik untuk orang yang taat beribadat dan membayar zakat serta mereka yang percaya akan ayat-ayat Kami."(Surah al-A'raf 7:156)

Jadi orang mukmin yang baik ialah mereka yang membayar zakat dan yakin akan adanya hari akhirat. Sedangkan orang yang menyekutukan Allah, tidak membayar zakat dan mengingkari hari akhirat. Sebahagian ahli tafsir berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan zakat dalam ayat di atas ialah zakat fitrah iaitu membersihkan diri dari segala noda, sedangkan noda yang paling utama ialah syirik sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :


"Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya." (Surah al-A'la 87:14)


ANCAMAN DAN PERINGATAN TIDAK MEMBAYAR ZAKAT

Hindarilah diri dari mengamalkan sifat seperti yang ditunjukkan oleh Tha'labah bin Hatib dan Mu'tab bin Qusyr serta petani Madinah yang berjanji akan mengeluarkan zakat jika memperoleh pendapatan yang banyak, tetapi mereka memungkiri janji dan kedekut setelah menjadi kaya. Allah SWT sentiasa mengingatkan kepada orang yang bakhil bahawa kekayaan mereka itu akan membelenggu tengkuk mereka pada hari akhirat kelak, jika tidak dikeluarkan zakatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurniaanNya menyangka bahawa keadaan kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Kepunyaan Allah s.w.t lah segala warisan yang ada di langit dan di bumi, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah A-li Imran 3:180)

Justeru, as-Sunnah memperincikan apa yang disebutkan dalam al-Quran berhubung kewajipan zakat ke atas harta yang diwajibkan zakat dan nisab setiap harta itu serta kadar yang wajib dikeluarkan. Di samping menerangkan pihak serta orang yang berhak menerimanya.

Nabi Muhammad s.a.w telah melantik Mu'az bin Jabal menjawat jawatan pengurus zakat di negeri Yaman di samping bertanggungjawab mengembangkan dakwah Islamiyyah di sana, baginda menyebutkan perkataan Aghniya’ dengan nyata. Ini bermaksud, "zakat wajib di kutip daripada pelbagai jenis harta benda yang dimiliki oleh orang kaya di kalangan mereka."
Rasulullah s.a.w telah memberikan peringatan yang keras kepada orang yang enggan mengeluarkan zakat serta mengingatkan mereka dengan azab yang pedih di akhirat kelak. Ia bertujuan untuk menyedarkan hati orang yang lupa dan membangkitkan perasaan orang yang bakhil serta mendorong mereka melalui galakan dan amaran supaya menunaikan kewajipan mereka dengan patuh. Sekiranya tidak ditunaikan juga, maka mereka diheret untuk melakukannya melalui jalan undang-undang serta kekuasaan pemerintah secara paksa.

Selain itu, Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ertinya :

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya (zakatnya) maka dia akan dijadikan kepingan logam lalu dibakar dengan api neraka, kemudian diselarnya ke rusuk, dahi serta belakang mereka pada hari yang kadarnya ialah lima puluh ribu tahun sehingga diputuskan keadaannya di hadapan orang ramai, kemudian diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka.
Begitu juga kepada pemilik lembu dan kambing yang tidak menunaikan haknya (zakatnya) maka pada hari kiamat binatang tersebut akan datang memijak-mijak dengan kaki dan juga menanduk-nanduk dengan tanduknya. Selepas dihukum, dikembalikan semula seperti mana mulanya sehinggalah Allah s.w.t menetapkan hukuman hamba-Nya pada hari yang kadarnya lima puluh ribu tahun dari tahun yang kamu kirakan, kemudian diperlihatkan jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka."

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
FanPage - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Fanpage - https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292


Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...