Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Jumaat, 28 Jun 2013

Sejarah Hari Jum’at dan Keutamaan Sholat Jum’at




Hari Jumaat adalah sayyidul ayyam. Artinya Jumaat mempunyai keistemewaan dibandingkan hari lain. Jika nama-nama hari yang lain menunjukkan urutan angka (ahad artinya hari pertama, itsnain atau senin adalah hari kedua, tsulatsaatau selasa adalah hari ketiga, arbi'a atau Rabu adalah hari keempat dankhamisatau kamis adalah hari kelima), maka Jumaat adalah jumlah dari kesemuanya.


Menurut sebagian riwayat kata Jum'at diambil dari kata jama'ayang artinya berkumpul. Yaitu hari perjumpaan atau hari bertemunya Nabi Adam dan Siti Hawa di Jabal Rahmah. Kata Jumaat juga boleh diertikan sebagai waktu berkumpulnya umat muslim untuk melaksanakan kebaikan-solat Jumaat-.

Salah satu bukti keistimewaan hari Jumaat adalah disyariatkannya solat Jumaat. Iaitu solat Zohor berjamaah pada hari Jumaat. -Jum'atan-. Bahkan mandi hari Jumaat pun mengandung unsur ibadah, kerana hukumnya sunnah.

Dalam Al-Hawi Kabir karya al-Mawardi, Imam Syafi'i menjelaskan sunnahnya mandi pada hari Jumaat. Walaupun solat Jumaat dilaksanakan pada waktu solat Zuhur, namun mandi Jum'at boleh dilakukan semenjak dini hari, setelah terbit fajar. Salah satu hadis menerangkan bahawa siapa yang mandi pada hari Jumaat dan mendengar khutbah Jumaat, maka Allah akan mengampuni dosa di antara dua Jumaat.


Oleh kerana itu, baiknya kita selalu menyertakan niat setiap mandi di pagi hari Jumaat. Kerana hal itu akan memberikan nilai ibadah pada mandi kita. Inilah yang membezakan mandi di pagi hari Jumaat dengan mandi-mandi yang lain.

Empat Puluh Orang

Solat Jumaat dianggap sebagai muktamar mingguan-mu'tamar usbu'iy-yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang sangat tinggi. Kerana pada hari Jumaat inilah umat muslim dalam satu daerah tertentu dipertemukan.


Mereka dapat saling berjumpa, bersilaturrahim, bertegur sapa, saling menjalin keakraban. Dalam kehidupan desa Jum'atan dapat dijadikan sebagai wahana anjangsana. Mereka yang mukim di daerah barat boleh bertemu dengan kumpulan timur dan sebagainya.

Begitu pula dalam lingkup bandar, Jum'atan ternyata mampu menjalin kebersamaan antar pekerja. Mereka yang setiap harinya sibuk bekerja di tingkat enam, boleh bertemu sesama pekerja yang hari-harinya bekerja di tingkat tiga dan seterusnya.


Kebersamaan dan silaturrahim ini tentunya sukar terjadi jikalau Jum'atan boleh dilakukan seorang diri seperti pendapat Ibnu Hazm, atau cukup dengan dua orang saja seperti qaul-nya Imam Nakho'i, atau pendapat Imam Hanafi yang membenarkan Jum'atan dengan tiga orang saja berikut Imamnya .

Oleh sebab itu menurut Imam Syafi'i Jum'atan boleh dianggap sah jika diikuti oleh empat puluh orang lelaki. Dengan kat lain, penentuan empat puluh lelaki sebagai syarat sah solat Jumaat oleh Imam Syafie yang mempunyai faedah yang luar bisa.


Hal ini membuktikan betapa epistemogi aswaja-ahlussunnah wal jama'ah-yang dipraktikkan oleh Imam Syafi'i selalu mendahulukan kepentingan bersama. Kebersamaan dan persatuan umat dalam pola pikir aswaja-ahlussunnah wal jama'ah-adalah hal yang sangat penting. Tidak hanya dalam ranah aqidah dan politik saja, tetapi juga dalam konteks ibadah. (Ulil Hadrawi)


kredit-  http://www.sumberislam.info


Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
FanPage - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Fanpage - https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292


Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...