Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Sabtu, 11 Mei 2013

4 Ciri Orang Beruntung



Daripada surah al-’Asr, terdapat 4 ciri orang beruntung iaitu:
Ciri 1: Beriman
Ciri pertama orang yang beruntung ialah beriman.
Beriman yakni percaya dengan sepenuh hati kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari kiamat dan akhir sekali qada’ & qadar.
Namun percaya sahaja tidak cukup. Percaya mesti disusuli oleh amalan yang baik (soleh). Pepatah Arab ada menyebut:
“ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah”.
Ciri 2: Beramal Soleh
Ciri kedua orang yang beruntung ialah beramal soleh.
Beramal soleh boleh dijelaskan sebagai melakukan kebaikan berpandukan syariat Islam.
Beramal soleh tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji semata-mata. Bahkan beramal soleh sebenarnya merangkumi segala perkara (100%).
Bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga kepada sebesar-besarnya. Daripada berdoa ketika hendak masuk ke dalam tandas sehingga kepada mentadbir negara dengan penuh adil dan saksama.
Allah SWT menyebut dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Ciri 3: Saling Berpesan dengan Kebenaran
Ciri ketiga orang yang beruntung ialah saling berpesan dengan kebenaran.
Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-’Azim menjelaskan maksud ‘saling berpesan dengan kebenaran’  iaitu:
“melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang”.
Ciri 4: Saling Berpesan dengan Kesabaran
Ciri keempat orang yang beruntung ialah saling berpesan dengan kesabaran.
Sabar atas segala ujian yang menimpa, ketentuan yang berlaku dan cacian orang menjadikan si pelaku (iaitu orang yang bersabar) mendapat keuntungan.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Bagaimana Hendak Menjadi Orang Beruntung?

Allah SWT berfirman dalam surah al-’Asr, ayat 1-3 yang bermaksud:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pulaberpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Pengajaran (Ibrah) Surah al-’Asr

Allah SWT menegaskan bahawa sesungguhnya manusia berada dalam KERUGIAN kecuali mereka yang:

Ciri-ciri orang beruntung

Sumber - http://jurnalinspirasi.com/ 


Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI  

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...