Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Isnin, 13 Mei 2013

10 Cara Meningkatkan LIKE kat Fanpage anda

Perkara yang paling penting untuk Facebook Fan Page adalah jumlah like. Semakin ramai orang like Facebook Fan Page anda, peluang anda untuk buat duit makin cerah. Sebab setiap status yang diupdate di Fan Page akan keluar di Facebook individu yang like Fan Page anda. Sebab itu ramai yang berlumba-lumba nak dapat ribu-ribu like. Pelbagai cara dan tips yang dicuba agar dapat banyak like. Hari ni saya nak share 10 Cara nak tambah fan dan like:

1. Maklumat Bernilai

Berikan maklumat yang bernilai buat Fan anda. Caranya adalah share info-info baru yang anda kaji sendiri. Jangan kedekut ilmu dan copy paste hak orang. Nanti tiada istimewanya anda di mata fan anda.

2. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan blog anda sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog,ataupun gunakan 'widget' yang disediakan oleh Facebook

3. Video Youtube

Orang memang suka tonton video di youtube. Tambahan pula kalau ada video 'PANAS'. Mesti ramai nak tengok. Anda perlu hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai.Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian 'description', letak link ke Facebook Page. Kalau anda nak tahu, Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

4. Video viral di Facebook

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi 'upload' video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan. Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan. Cara ini boleh anda buat tanpa sebarang modal pun.

5. Iklan banner

Cara ini perlukan modal. Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu. Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan. Cari je blog yang tinggi trafiknya.

6. Facebook Ads

Cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal. Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. MengapaFB Ads memberikan hasil sebegini besar?

Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook. Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul. Ramai juga yang tawarkan servis ini di internet.

7. Ebook viral

Cara ini tak perlukan modal. Sebab semuanya anda boleh cari. Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca. Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page.Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

8. Advertorial atau Review

Cara ini juga perlukan modal. Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana blogger. Cari blog yang berkaitan dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu.Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan untuk satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes kita.

9.  Tingkatkan Like Fan Page Dengan Kuasa Aplikasi FB

Anda perlu pasang applikasi FB  pada Fanpage anda. Selepas itu applikasi ini akan menjalankan tugasnya untuk meningkatkan like secara viral


10. Guna Servis di Murahnya

Jika anda nak cepat, jimat masa dan tenaga saya sarankan anda dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan di http://servicelikepage.com/v1/12. Ramai yang menawarkan servis tingkatkan like ni. 


Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...