Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Khamis, 28 Mac 2013

Tempat Menarik Di Kelantan :: Salah satu adalah kampung kawe la.. Pantai Cahaya Bulan


Saje nak share pasal tempat menarik2 kat kelate nie.. walaupun tiap-tiap bulan balik kampung.

Mana tau ada member yang nak gii jalan2 kelate kan.. jom perkenalkan kampung kawe dulu la ye.. Pantai Cahaya Bulan atau dikenali sebagai PCB, 

Jom la baca ulasan selanjutnya ye.. share dari website cutikelatan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.
Pantai Cahaya Bulan
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.
Pantai Cahaya Bulan
Deretan gerai makan yang menjual ikan bakar mahupun makanan seafood
Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
Pantai Cahaya Bulan
Layang-layang boleh didapati di sini
Berdekatan pantai ini terdapatnya PCB Resort dan Perdana Resort. Bagi mereka yang tinggal di resort tersebut, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan merupakan destinasi ideal untuk bersiar-siar di waktu petang
Gerai jagung PCB
Sepanjang perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan, anda akan bertemu dengan banyak gerai yang menjual jagung rebus
Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.

Tip:

  • Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
  • Harga makanan seperti seafood dan fishball celup tepung di sini agak mahal. Beli lah dalam kuantiti yang sedikit sebagai langkah berjimat.
  • Kedai paling hujung yang paling dekat dengan pantai menjadi kegemaran penduduk tempatan kerana lebih murah dari kedai-kedai lain.
  • Jika ingin makan, pilihlah kedai yang bersih. Terdapat segelintir kedai yang kurang menjaga kebersihan.

Kredit- http://www.cutikelantan.com/attractions/pantai-cahaya-bulan-pcb/ 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...