Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Rabu, 27 Mac 2013

Muhasabah Diri.. Setiap Kejadian ada hikmahnya


Masih terbayang2 berapa hal berlaku tanpa diduga.. mungkin ALLAH nak uji hamba2 nya yang kerdil ini.. setiap ujian itu tentu ada hikmahnya.. tentu ada kebaikan yang ALLAH telah susun untuk kita pada masa depan.. redha dengan apa yang telah berlaku walaupun hati pedih untuk menerimanya.. Betul tak??
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 

Mintalah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.


"Kita bukan selama-lamanya di dunia ini... 

Kita akan DI JEMPUT PULANG JUA nanti... 
Kejar dunia untuk bekalan akhirat kelak... 
Jangan kejar dunia sehingga tiada bekal untuk disana nanti...."

Aku yang sedang meniti dijalanMu ya Allah,
Mengharap redha, mendamba cinta dariMU,
Aku lemah, aku hilang arah tanpa kasihMU,
Bantu aku menggapai indahnya syurgaMU...

Aamiin.

''Harap ku tidak lupa diri bila gembira, dan mula mencariMu di saat hiba..''
Insyaallah..

DaripadaNya kita datang, kepada dia juga kita kembali.. 

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...