Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Rabu, 16 Januari 2013

Tips Memasak : Senang dan Ringkas..


Orang kata masakan isteri adalah pengikatan dalam kebahagiaan rumah tangga.. 
Yang pasti ramai yang setujukan, air tangan isteri adalah yang terbaik walaupun menu masakan yang simple - simple.

Pagi terjumpa tips masakan yang simple dan ringkas.. sharing dari blog Syuhaida
Semoga bermanfaat untuk wanita diluar sana.

Tips ni untuk isteri-isteri yang rajin memasak (dan takde Indon untuk membantu), tak kisahlah tak sedap pun, janji berkhasiat dan bersih! Untuk yang tak gemor memasak, anda dilarang membaca ayat-ayat seterusnya...

1. Kupaskan bawang merah, putih, besar, halia, lengkuas, kunyit, ubi kentang (rendam dalam air, kalau tak jadi itam), atau segala-gala benda yang hendak dikupas. Simpan dalam Tupperware (tak kisah tak original pun) dan masuk dalam peti ais.


2. Tumbuk siap2 bahan yang nak ditumis. Kalau buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais kat Chill compartment. Tumbuk lagi enak, dari blend - kecuali dah malas!

3. Untuk masakan yang lazat dan bebas dari pengawet, buat sendiri cili boh! Rebus cili, sejukkan dan kisar dengan sedikit air masak, sedikit garam (untuk kasi tahan lama) dan minyak masak(untuk hancurkan biji cili).

4. Tumbuk banyak-banyak kunyit dan garam. Simpan dalam Tupperware. Bila-bila aje nak menggoreng, calit dan lumurkan jer. Tak payahlah nak beli yang ready made kat kedai - masin sangat dan siap tumbuk dengan kulit kunyit sama!

5. Suka makan sambal belacan. Ha.. buat banyak2 dan simpan.

6. Rendang, kerutuk dan apa-apa yang sama waktu dengannya yang boleh tahan lama - weekend nanti, masak banyak-banyak dan bungkus kecil-kecil untuk satu hindangan setiap satu dan masukkan dalam freezer. Nak makan jer, panaskan.

7. Untuk frozen food, sebelum pergi kerja pagi tu, keluarkan dari freezer dan simpankan di bahagian bawah peti ais. Jangan keluarkan dari peti ais, nanti basi lak! Nanti balik, dia dah lembut, so senang nak panaskan.

8. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar, belacan, air asam jawa dan taruk garam dan gula sikit (kalau mahu, sebagai ganti ajinomoto). Tumis biar lama atas dapur biar kasi gelap warnanye, tapi jangan lak segelap dayang senandung - itu hangit namanye! Simpan dalam Tupperware kat Chill Compartment. Nak masak ikan tumis pedas ke, ayam pedas ke, ape-ape aje - cekup (bahasa orang putihnye, scoop) aje, masuk kuali dan mesra-mesrakanlah....
Untuk masak kicap, tambah aje kicap manis atau kicap masin...

9. Gorengkan ikan bilis banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara (tak payah masuk dalam peti ais). Begitu jugak dengan keropok, popedum, dll.

10. Untuk sayur-sayuran, kalau nak masak untuk sahur, sebelum tidur tu - siapkan segala bahan-bahan. Bangun awal sikit, terus goreng. Sama lah caranye untuk goreng menggoreng yang lain termasuk nasi goreng! Kut-kut nak tukar menu... Kecuali telur goreng, pecahkan telur hanya sewaktu nak menggoreng! Bukan sebelum tidur....

(Semua bahan-bahan masakan ini perlu disimpan dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan kemas. Kuih raye tahun lepas tu, kasi ayam je ler..)

Banyak lagi tip-tip yang nak dikongsi. Tapi... banyak kerja nak dibuat ni..

Selamat Mencuba!

Pesanan Chef - "Air tangan isteri membahagiakan suami... Tangan-tangankan lah suami anda, sebelum dia melambaikan tangannya! Mencegah lebih baik dari mengubati.... " 


kredit - http://syuhaidasafian.multiply.com



Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::
http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

2 ulasan:

  1. mmg senang kalau semuanya kt dh sediakan awal2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xper.. tips memudahkan kerja dapur..

      Padam

Sila - sila tinggal komen ye, jangan segan-segan.. wat mcm rumah sendiri je

Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...