Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pengikut

JOM SINGGAH SHOPPE

Nak snek tradisional yang terlajak sedap, rangup dan inti padat??

Popia Simpulan Kasih,
Popia Gulung Kasih,
Karipap Mini,
Serunding Ikan Kg Laut.


Jom Singgah kat blog SNEK LAZAT dan SEDAP.. dan FB
SNEK LAZAT

Insyallah dijamin sedap tau sebab ramai yang borong sakan.. ramai yang repeat order. Order raya mencecah 300-500kg tapi ikut kemampuan juga la.. Alhamdulillah syukur sesangat. Anda bila lagi nak rasa??

Selasa, 25 Disember 2012

Panduan Sempurna untuk Membina Sahsiah ANAK.. Perkenalkan buku "PESONA Didik Anak Cara Sunnah"..

PESONA Didik Anak Cara Sunnah

" Apabila seorang anak ADAM meninggalkan dunia, makan terputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh"


Judul Buku : Pesona Didik Anak Cara Sunnah
Penulis: Sheikh Musa Ahmad Olga
HARGA : RM15.00 (seluruh Malaysia)
Penghantaran : RM6.00

SINOPSIS.


Pesona Didik Anak Cara Sunnah adalah buku yang ditulis kepada hati pembaca berkenaan kepentingan mendidik anak secara sunnah. 

Disertakan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran, dikuatkan dengan hadis-hadis dan diperhalusi lagi dengan kisah-kisah para sahabat, tabi’in dan ulama terdahulu. Buku yang tegas dalam membicarakan berkenaan cabaran mendidik anak pada zaman sekarang. Tetapi lembut dalam membicarakan cara bagi mengatasi dan mengharungi cabaran itu dengan sunnah. Buku yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang tercari-cari kaedah mendidik anak secara sunnah. Kaedah yang bukan sahaja untuk keperluan dunia, malah terus pada keperluan akhirat.

ULASAN BUKU - PANDUAN SEMPURNA MEMBINA SAHSIAH ANAK
(Sumber dari http://agamaberitaharian.blogspot.com/)

ANAK adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kerana ia penyambung zuriat generasi sekarang dan akan datang. Institusi kekeluargaan tampak lebih lengkap dengan kehadiran anak.

Ibu bapa pula mempunyai tanggungjawab besar untuk membesar dan mendidik anak menjadi insan sempurna di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak paling mulia dan terpuji. Secara umumnya, semua ibu bapa tidak kira apa juga agama dan keturunan mengimpikan anak berakhlak baik.

Anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertindak mencorakkan masa depannya. Sejak kebelakangan ini masyarakat di seluruh dunia termasuk umat Islam berhadapan pelbagai cabaran terutama agenda Barat yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.

Justeru, buku ini boleh dijadikan panduan lengkap meliputi pengetahuan, pengalaman dan kaedah terbaik dalam mendidik. Ibu bapa wajib mendidik anak mengikut cara Islam yang sebenar.

Malah, pendidikan yang berunsurkan sunnah adalah kaedah paling sempurna kepada anak yang boleh dilakukan sejak dalam kandungan ibu dan disusuli dengan setiap peringkat usianya.

Sepanjang perjalanan anak itu mereka perlu dididik dalam pelbagai aspek. Persekitaran dan gaya hidup ibu bapa sendiri juga boleh mempengaruhi kelakuan anak. Jika mahu melahirkan anak yang bercirikan keislaman, ibu sendiri perlulah mengamalkan kehidupan Islam.

Pendidikan secara Sunnah itu meliputi pemakanan, cara berpakaian, kebersihan, sopan santun, hormat menghormati sesama insan khususnya ibu bapa sendiri dan sentiasa mentaati suruhan Allah seperti bersembahyang, berpuasa, bersedekah dan meninggalkan segala kemungkaran dalam apa juga bentuk. Ini adalah asas penting yang mampu membina disiplin, akhlak dan moral yang terpuji.

Ibu bapa juga seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam mendidik seperti memperdengarkan cerita atau kisah menarik daripada tokoh unggul dalam Islam. Kerap mendedahkan mengenai keperibadian dan kehidupan Rasulullah SAW selain menjelaskan siapakah Baginda supaya bercambah dalam segenap aura bagi menyemarakkan Sunnah. Keberanian dan semangat yang ada dalam banyak kisah nabi, sahabat-Nya serta orang yang salih itu penting sebagai pendidikan, pembinaan akhlak dan menanam perasaan mencintai Islam serta membuka mata dan hati untuk mencontohi sifat mereka.

Dengan semua penerapan nilai Islam dan Sunnah sudah pasti mampu membina generasi yang soleh. Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak salih.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~kredit - 
http://mylittlecaliph-books4you.blogspot.com/



Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::


FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI  


Jawapan Segera



Name:




Email Address:




Pertanyaan mengenai produk @ harga









Form provided by Freedback.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...